? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 17, 2010

Berguru dengan al-Quran digital

SESETENGAH orang mungkin malu untuk mempelajari dan melancarkan bacaan al-Quran kerana faktor usia sudah lanjut, atau mungkin juga tidak tahu di mana hendak bermula dan tiada siapa yang mahu mengajar.

Bagi mereka yang benar-benar ingin mempelajari bacaan al-Quran, penggunaan al-Quran digital mungkin salah satu usaha mengenal ayat-ayat suci dengan mudah dan berkesan melalui teknik mendengar dan mengikut.

Produk-produk al-Quran digital Technology adalah salah satu pilihan terbaik yang menawarkan kelebihan-kelebihan aplikasi tersebut. Ini kerana ia tampil dalam pelbagai gajet antaranya telefon bimbit, naskhah digital, pemain MP3 dan yang terkini ialah Al-quran read pen.


Kelebihan al-Quran digital tidak dapat dinafikan melalui aplikasi tambahan yang paling penting iaitu terjemahan mengikut bahasa yang memenuhi kesesuaian masing-masing. Lalu, ia menjadi gajet penting yang harus dimiliki umat Islam hari ini.

Al-Quran digital mempunyai banyak kelebihan dan mampu memberi minat yang lebih mendalam kepada pemiliknya untuk mempelajari bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

GAJET yang lengkap dengan terjemahan memudahkan rujukan pengguna.


“Selain terjemahan, al-Quran digital juga mempunyai pilihan qari dari tanah suci Mekah dan beberapa kelebihan lain mengikut pakej yang diinginkan pelanggan.

“Bagi al-Quran dalam bentuk MP3, ada tiga pilihan iaitu EQ500, EQ300 dan EQ100 yang menawarkan aplikasi-aplikasi berbeza seperti jumlah qari, himpunan hadis-hadis, kamera, kad memori dan pemain video,”,ari-qari yang membacakan ayat suci al-Quran dalam MP3 berkenaan antaranya ialah Sheikh Al-Sudais, Sheikh Saad Al Ghamdi, Sheikh Mohammad Ayoub, Sheikh Al-Hudaifi dan Sheikh Misheri Rashid.

“Pemilik MP3 al-Quran bukan sahaja dapat mempelajari bacaan-bacaan al-Quran melalui qari-qari terkenal, tetapi proses pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana sahaja menggunakan fon telinga yang disediakan.

“Proses pembelajaran melalui teknik mendengar juga lebih berkesan kerana penggunanya dapat memperbaiki kelancaran bacaan dengan lebih cepat melalui kaedah ini,”.

“Sebelum ini penggunaan al-Quran digital lebih mendapat sambutan di kalangan pelajar maahad tahfiz tetapi kebaikannya seharusnya dikongsi bersama semua umat Islam lain.

“Ia juga adalah gajet penting yang harus dimiliki para mualaf yang mahu mendalami pembacaan al-Quran serta maksud terjemahannya,” tambahnya.


Terdapat banyak perbezaan apabila membaca al-Quran bersendirian berbanding mendengar bacaan al-Quran orang lain dari segi kerohanian.

“Apabila kita sering mendengar orang lain membaca al-Quran, kadangkala suara bacaan itu akan terngiang-ngiang walaupun ketika kita tidak mendengarnya kerana sudah terbiasa,”.

Kelebihan lain yang ditawarkan MP3 al-Quran termasuklah selingan video-video latar yang memaparkan kebesaran Allah seperti sungai dan langit yang terbentang luas.

Ia akan menimbulkan keinsafan kepada pemiliknya untuk mensyukuri kebesaran Allah dan mencintai al-Quran,”.

Untuk maklumat lanjut hubungi DAR EL-FAJR SDN BHD:03-40437326

0 ulasan: